PETALING JAYA: Pelakon, Riena Diana memuji prinsip aktor, Izzue Islam yang dikatakan sering menjaga batas dalam lakonan setiap kali bekerjasama untuk sesebuah nafkah.

Menurut Riena, Izzue juga bijak bermain dengan sudut kamera setiap kali perlu menjayakan babak bersentuhan ketika menjalani penggambaran.

”Sudah beberapa kali jalani penggambaran dengan Izzue, sememangnya tidak pernah sentuh saya dan hanya main sudut kamera sahaja,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam masa sama, pelakon drama Racun Segumpal Hati itu menyifatkan Izzue merupakan antara aktor yang dia selesa untuk digandingkan bersama.