KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akan bermula tahun depan.

Peguam Anwar, Datuk Sankara Nair, berkata perbicaraan selama lima hari itu dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 14 Mei serta 28 Mei tahun depan, manakala 18 Disember ini ditetapkan untuk pengurusan kes.

Tarikh berkenaan ditetapkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Moh Kok Wai ketika prosiding pengurusan kes secara dalam kamar hari ini.

Pada Ogos lalu, Anwar memfailkan saman terhadap Tuan Ibrahim.