KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao kini dalam bahaya selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka Hong Kong, hari ini.
Pemain ranking ke-31 dunia itu gagal menyaingi wakil China, Dong Tian Yao yang menghuni ranking ke-39 dunia apabila tewas 12-21, 13-21 dalam tempoh 34 minit di Kai Tak Arena.
Ini adalah kekalahan kedua Jun Hao di tangan lawan berkenaan turut tewas pada saingan Masters China 2023.
Susulan kekalahan itu, Jun Hao berdepan kemungkinan digugurkan daripada skuad kebangsaan selepas melalui musim mengecewakan apabila gagal mara ke suku akhir dalam kesemua 13 kejohanan Jelajah Dunia yang disertainya tahun ini.








