PARIS: Kira-kira 146,000 orang menyertai demonstrasi di seluruh Perancis bagi membantah kos sara hidup yang tinggi, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Selasa, lapor agensi berita Jerman dpa.

Kementerian itu memaklumkan daripada jumlah berkenaan, seramai 28,000 orang menyertai demonstrasi di Paris, manakala kesatuan sekerja CGT menganggarkan jumlah peserta di seluruh negara melebihi 500,000 orang.

Beberapa kesatuan sekerja sebelum ini menyeru supaya mogok dilancarkan, dengan demonstrasi turut disertai pekerja sektor awam, pelajar sekolah dan penuntut universiti.

Pemimpin CGT, Sophie Binet turut menggesa kenaikan gaji dilaksanakan segera.