KUALA NERUS : Keberkesanan operasi insinerator dan projek rumah sampah yang sedang dibina antara dua perkara yang diberi perhatian serius bagi mengatasi masalah timbunan sampah di Pulau Redang, dekat sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberi penekanan terhadap perkara berkenaan semasa lawatan beliau bersama barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke pulau peranginan itu, baru-baru ini.
Beliau berkata, lawatan tersebut turut memberi peluang kepada kerajaan negeri meneliti secara dekat isu berkaitan pengurusan sisa pepejal termasuk bagaimana insinerator yang terdapat di pulau berkenaan berfungsi.










