Ketua Polis Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid, mengumumkan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak berpakaian di parkir stesen LRT. (Gambar Threads)PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian di kawasan parkir Stesen LRT Pandan Jaya, pagi tadi.

Ketua Polis Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid, berkata polis menerima maklumat daripada peronda berhubung penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi itu ada kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan dari Hospital Ampang. Polis sedang mengenal pasti identiti lelaki itu.

"Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian," menurut kenyataan.