Mayat seorang lelaki tanpa identiti dan tidak berpakaian ditemukan tertiarap di tempat letak kereta stesen LRT Pandan Jaya pagi tadi, menurut polis Ampang Jaya.
KUALA LUMPUR: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan tertiarap dan tidak berpakaian di tempat letak kereta stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Jaya di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima maklumat penemuan lelaki itu yang disangka tidak sedarkan diri daripada anggota Unit Kereta Peronda (MPV) pada 7.30 pagi.
Beliau berkata penolong pegawai perubatan Hospital Ampang kemudiannya mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.








