PETALING JAYA: Harga minyak tanpa subsidi akan turun secara menyeluruh bermula esok, bagi minggu kedua berturut-turut.

Menurut Kementerian Kewangan, harga RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing akan turun 15 sen, menjadikan harga runcitnya RM3.72 seliter dan RM4.72 seliter, sehingga 25 Nov.

RON97 pula akan dijual pada harga RM4 seliter, iaitu turun 20 sen.

RON95 di bawah skim BUDI95 akan terus dijual pada harga RM1.99 seliter, manakala diesel kekal pada RM2.10 seliter di bawah inisiatif BUDI Diesel.