puterialia@hmetro.com.my

Fenomena luar biasa bakal dicetuskan sekali lagi apabila francais animasi popular tempatan, Ejen Ali, bersedia meraikan ulang tahun sedekad penubuhannya menerusi sebuah konsert orkestra berskala besar.

Terbitan gandingan mantap Wau Animation dan Primeworks Studios ini sudah lama memikat hati jutaan peminat daripada pelbagai lapisan usia sejak mula diperkenalkan pada tahun 2016.

Bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), konsert mega Ejen Ali In Concert ini dijadualkan berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 November depan.

Lebih menarik, malam persembahan ini bakal dipimpin oleh Pengarah Muzik berbakat, Azri Yunus, dengan iringan 41 ahli orkestra KL City Opera serta kemunculan barisan vokalis ikonik.