norhayati_nordin@hmetro.com.my
Dalam lakonan, Aleeza Shadan, 51, adalah antara nama pelakon wanita senior yang aktif membintangi drama dan filem.
Malah, apa sahaja watak pasti direalisasikannya sebaik mungkin.
Meskipun dari segi populariti, Aleeza agak 'low profile', namun selama 27 tahun bergelar anak seni sejak 1999, dia pernah menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 pada 2024.
Ibu dua cahaya mata ini merangkul trofi kategori Watak Antagonis Drama menerusi lakonan hebatnya sebagai Datin Rafika dalam drama rantaian, Bukan Hanya Sekadar Cinta di slot Akasia TV3.









