mahaizura@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Demi menjaga bapanya yang menghidap jantung koronari, Muhammad Ridhuan Abdul Malik sanggup berkorban melepaskan kerjaya tentera yang menjadi impiannya sejak kecil selepas 12 tahun berkhidmat.
Muhammad Ridhuan, 38, yang berkhidmat dari Jun 2012 hingga Jun 2024 di bawah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, keputusan itu bukan mudah, namun tanggungjawab menjaga bapanya, Abdul Malik Abdul Kadir, 69, menjadi keutamaan.
Katanya, ketika kali terakhir bertugas sebagai Penyelia Hal Ehwal Agama pasukan, dia mula menyedari perlunya kerjaya lebih fleksibel supaya dapat mengatur masa dan berada dekat dengan bapanya.
"Memang sayang kerana tentera adalah cita-cita saya sejak kecil, tetapi tuntutan keluarga lebih penting dan perlu saya utamakan.









