ARAU: Disangka sudah bebas daripada kanser payudara, seorang wanita kembali diuji apabila penyakit itu kini dikesan merebak ke otak, paru-paru dan buah pinggang.
Noorazira Azmi, 43, berkata pada mulanya dia disahkan menghidap kanser payudara ketika berusia 36 tahun sebelum menjalani rawatan dan pembedahan di Hospital Sungai Petani, Kedah.
Selepas menyangka sudah pulih sepenuhnya sejak empat tahun lalu, sel kanser mula merebak ke otak sehingga memaksanya menjalani pembedahan membuang sel kanser di kepala di Hospital Pulau Pinang, baru-baru ini.
"Selepas pembedahan membuang sel kanser di kepala dan melalui lima sesi radioterapi, doktor memaklumkan sel kanser sudah merebak ke buah pinggang dan organ lain.








