KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat Pahang dan Malaysia supaya bersama-sama berdoa memohon ke hadrat ALLAH SWT agar diturunkan hujan bagi membantu meredakan keadaan jerebu yang melanda ketika ini.Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral (B) Datuk Mohamed Zahari Yahya menerusi kenyataan berkata, baginda turut menzahirkan harapan agar masyarakat serta pihak syarikat perladangan di Kalimantan, Indonesia diberikan kesedaran dan dibukakan hati untuk menghentikan aktiviti pembakaran secara terbuka.Menurutnya, aktiviti berkenaan boleh menyumbang kepada pencemaran udara, sekali gus menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat di rantau ini."Baginda bertitah, usaha menangani jerebu memerlukan kerjasama semua pihak, selain ikhtiar berterusan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat sentiasa terpelihara," katanya.Menurut Mohamed Zahari, sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru rakyat agar terus berdoa kepada ALLAH SWT, di samping mengamalkan langkah-langkah sewajarnya bagi menghadapi keadaan jerebu yang berlaku."Baginda turut berharap agar keadaan cuaca kembali pulih dan hujan yang membawa rahmat, dapat turun dalam masa terdekat, sekali gus membantu membersihkan udara serta mengurangkan kesan jerebu yang sedang dialami," katanya.
Sultan Pahang titah rakyat berdoa mohon hujan, hentikan pembakaran terbuka di Kalimantan

Key takeaways
Sultan Pahang meminta rakyat berdoa agar hujan turun untuk mengurangi kabut asap dan meminta masyarakat di Kalimantan menghentikan pembakaran terbuka.
- Sultan Pahang meminta rakyat berdoa memohon hujan untuk mengurangi kabut asap.
- Baginda berharap masyarakat dan perusahaan di Kalimantan menghentikan pembakaran terbuka.
- Aktivitas pembakaran terbuka berdampak pada kesehatan dan kualitas udara di wilayah tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pemimpin politik jangan bertelagah, rebut kuasa, titah Sultan Selangor
- Malaysiakini (BM) Sultan Pahang gesa hentikan pembakaran terbuka di Kalimantan
- Sinar Harian Sultan Pahang titah rakyat berdoa mohon hujan, hentikan pembakaran terbuka di Kalimantan (this story)









