MIKEL Arteta melanjutkan khidmatnya bersama Arsenal sehingga Jun 2030 selepas pengurus kelahiran Sepanyol itu menandatangani kontrak baharu dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.Arteta, 44, yang membimbing Arsenal menamatkan penantian 22 tahun untuk menjulang kejuaraan EPL musim lalu, dilaporkan menerima bayaran lebih £20 juta (RM107 juta) semusim, sekali gus menjadikannya pengurus bergaji tertinggi dalam EPL."Satu penghormatan besar untuk saya meneruskan masa depan bersama kelab ini dan terus bekerja dengan individu-individu luar biasa yang mahukan yang terbaik untuk Arsenal," kata Arteta dalam kenyataan kelab.Arteta mengambil alih Arsenal pada 2019 ketika kelab itu bergelut di tangga ke-10 liga, selepas menamatkan karier sebagai pemain pada 2016 dan kemudian menyertai barisan kejurulatihan Pep Guardiola di Manchester City.Kehadirannya menyaksikan Arsenal beransur-ansur kembali ke kelompok elit EPL apabila menamatkan saingan di tempat kelima pada musim 2021-22 sebelum muncul naib juara selama tiga musim berturut-turut.Penamat itu akhirnya disusuli kejayaan lebih besar musim lalu apabila Arsenal dinobatkan juara EPL buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun.Arsenal turut mencipta sejarah dengan mara ke final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, namun tewas kepada Paris Saint-Germain menerusi penentuan penalti.Dalam tempoh kendaliannya, Arteta turut mendapat sokongan pengurusan kelab menerusi pembelian pemain seperti Declan Rice, Martin Odegaard, Ben White dan penjaga gol David Raya bagi memperkukuh skuad.Selepas 361 perlawanan, Arteta merekodkan peratusan kemenangan 62.05 peratus, angka terbaik dalam kalangan semua pengurus sepenuh masa Arsenal."Kami sudah membina ikatan istimewa dan mencipta kenangan yang akan kekal seumur hidup. Apa yang lebih mengujakan ialah ini baru permulaan kepada apa yang boleh kami capai bersama," katanya.Arsenal yang kini berada di tangga kedua EPL akan kembali beraksi selepas rehat antarabangsa dengan menentang Leeds United di laman sendiri pada Sabtu.
Arsenal ikat Arteta hingga 2030

Key takeaways
Mikel Arteta memperpanjang kontraknya bersama Arsenal hingga 2030 setelah membawa tim tersebut juara EPL musim lalu.
- Arteta menandatangani kontrak baru hingga 2030 dengan Arsenal.
- Ia menerima gaji tertinggi di EPL, lebih dari £20 juta per tahun.
- Arsenal menjuarai EPL setelah 22 tahun tanpa gelar.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Arteta signs new Arsenal deal until 2030
- Sinar Harian Arsenal ikat Arteta hingga 2030 (this story)








