KLUANG – Sepasang suami isteri berharap anak bongsunya kembali melihat seperti kanak-kanak lain selepas menjalani pembedahan akibat kanser sejak bayi yang dijadual dilakukan di Hospital Kanser Tengku Azizah, Kuala Lumpur.

Noraini A. Wahab, 31, berkata, dia dan suami, Muhammad Syukri Abdul Samad, 35, hanya mampu berdoa agar anak mereka, Mohamad Danish Fayyadh, setahun lima bulan selamat menjalani rawatan.

Katanya, anaknya diserang penyakit itu ketika berusia sekitar tiga hingga empat bulan selepas dilahirkan dan kini telah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak sembilan kali di hospital tersebut.

“Dia juga perlu menjalani ra­watan selama kira-kira enam bulan di Kuala Lumpur sebelum doktor dapat menentukan dan melakukan pembedahan terhadap mata yang terjejas.