Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata ketika menggulung perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, Khaled Nordin mengaitkan keputusan itu dengan kerajaan terdahulu.

KUALA LUMPUR: Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mendakwa Menteri Pertahanan Khaled Nordin mengelirukan Dewan Rakyat berhubung keputusan menaikkan kos projek kapal tempur pesisir (LCS) daripada RM9.2 bilion kepada RM11.3 bilion.

Ikmal berkata, ketika menggulung perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, Khaled mengaitkan keputusan itu dengan kerajaan terdahulu, semasa beliau menjadi timbalan menteri pertahanan pada penggal lalu.

“Kenyataan ini adalah tidak benar, mengelirukan Dewan Rakyat serta telah menjejaskan reputasi dan imej saya,” katanya ketika membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat.