JAKARTA – Suasana pembelajaran di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman wilayah Kalimantan Utara, Indonesia mencuri  selepas memaparkan seorang guru yang setia mengajar walaupun hanya mempunyai tiga orang murid, lapor laman berita Detik Kalimantan.

Kisah mereka tular menerusi perkongsian guru tersebut, Teguh Cahyono, memaparkan suasana bilik darjah yang  lengang di Sekolah Dasar (SD) Negeri 005 Mentarang Hulu, Daerah Malinau.

Menerusi salah satu klip video terbaharunya, hanya dua murid berada di bilik darjah, manakala seorang lagi tidak dapat hadir ke sekolah.

Difahamkan, situasi bilangan murid terlalu sedikit bukanlah perkara baharu kerana rekod sesi persekolahan tahun lalu juga hanya mencatatkan kehadiran empat hingga lima orang murid sahaja.