JAKARTA: Kualiti udara di ibu negeri Sumatera Selatan,  Kota Palembang pada pagi Jumaat berada pada tahap bahaya, menurut laman Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG). 

Keadaan itu dikesan menerusi pemantauan kepekatan zarah halus PM2.5 di dua stesen pemantauan di Palembang, iaitu di Musi 2 dan Talang Betutu.

Jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah masih menyelubungi udara di bandar Palembang, Sumatera Selatan, sejak seminggu lalu.

“09 Okt 2026, 7.00 WIB (Wilayah Indonesia Barat), 383.6 µg/m3, Kategori: Berbahaya,” demikian status di Talang Betutu yang diakses pada waktu dan laman yang sama pagi ini.

Sementara itu, berdasarkan pantauan dari Stesen Klimatologi (Staklim) Sumatera Selatan  pada  waktu 24 jam terakhir, kualiti udara di Kota Palembang untuk PM2.5 adalah 371.32 µgram/m³ (di atas Nilai Ambang Batas).