ISTANBUL: Siasatan awal berhubung insiden sebuah pesawat Flydubai mendarat cemas di Arab Saudi mendapati pembantu juruterbang menyerang kapten pesawat ketika penerbangan sehingga kedua-duanya cedera, menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kementerian itu memaklumkan siasatan awal dijalankan pihak berkuasa Arab Saudi dengan penyertaan pasukan keselamatan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Penerbangan Flydubai FZ1073 yang sepatutnya terbang dari Dubai ke Tel Aviv diberikan kebenaran untuk melakukan pendaratan cemas pada Rabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Sultan bin Abdulaziz di Tabuk.






