Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah, berkata mangsa turut letak kad ATM dalam sampul di bawah tiang papan tanda dekat kediamannya, sebelum diarah beri nombor pin. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pesara kerugian RM237,135 susulan diperdaya individu menyamar polis dan timbalan pendakwa raya menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah, berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 63 tahun kelmarin selepas mangsa ditipu kononnya terlibat kes penipuan pelaburan.

Katanya, individu menyamar polis dan timbalan pendakwa raya itu mengarahkan mangsa memindahkan semua wangnya dalam satu akaun bagi memudahkan urusan 'pemeriksaan Bank Negara'.

"Mangsa kemudian diarah meletakkan kad ATM akaun tersebut dalam satu sampul dan diletakkan di bawah tiang papan tanda berhampiran rumah mangsa serta memberikan enam pin kod ATM tersebut.