PETALING JAYA – Penyanyi Azeva mendedahkan zaman kanak-kanaknya banyak dilalui secara bersendirian tanpa kehadiran ibu dan bapanya di sisi.

Azeva atau nama lengkapnya Wan Azeva Natassha Wan Aminuddin, 25, bagaimanapun memahami kesibukan ibunya yang penerbit Datuk A. Aida, kerana terpaksa bekerja keras demi menyara keluarga.

“Ketika masih kecil, kebanyakannya saya seorang diri, mama dan ayah tiada. Mama pernah cerita dalam podcast sambil menangis, dia menyesal tak luangkan masa dengan anak dia.

“Tapi saya faham saja, bila dah besar saya baru terfikir mama kena kerja, besarkan kami seorang diri. Bukan dia sengaja nak tinggalkan kami.

“Waktu kecil memang sunyi, saya dengan patung Barbie saja. Sampai umur 11 atau 12 tahun baru ada seseorang, ketika itu ada adik, kalau tak membesar seorang diri,” katanya dalam sebuah audio siar.