nurul.hidayah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan daripada RM15 bilion kepada RM16 bilion, tahun depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun yang akan memanfaatkan sehingga sembilan juta penerima.
"Selain itu, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR akan menerima SARA MADANI sebanyak RM100 sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang tujuh dasawarsa kemerdekaan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen di sini, hari ini.
Menurutnya, inisiatif itu akan memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan berpendapatan sederhana (M40).









%2Ffile%2Fattachments%2F887%2FBP-Pool_748858_463366.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)