KUALA LUMPUR – Anak muda yang melengkapkan jumlah jam tertentu dalam aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih akan menerima insentif e-dompet sebanyak RM100.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu bertujuan menggalakkan lebih ramai golongan muda terbabit secara aktif dalam kegiatan kesukarelawanan.
Perkara itu ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Belanjawan 2027: Anak muda aktif sukarelawan terima insentif e-dompet RM100 appeared first on Kosmo Online.









