Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan tidak berselindung mengakui kecewa dengan mutu lakonannya sendiri selepas menonton pratonton filem seram terbaharunya, Pemuja Syaitan, malam Khamis lalu.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 33, berkata dia berasa persembahannya kurang memberi impak di layar perak, selain sifat kritikal terhadap diri sendiri membuatkannya sukar menerima kelemahan itu.

"Sejujurnya, saya memang tidak suka lakonan saya. Bila tengok hasilnya, persembahan saya tidak cukup kuat dan terlalu senyap.

"Ketika penggambaran, saya tak mahu suara bertembung dengan pelakon lain sebab sangka akan di 'dubbing' kemudian, tapi rupa-rupanya tiada.