KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen positif susulan reaksi pasaran terhadap Belanjawan 2027 dan kenaikan semalaman di Wall Street, apabila saham teknologi meningkat semula dan penurunan harga minyak mengimbangi sentimen pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lemah.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.10 mata atau 0.31 peratus kepada 1,613.55 daripada 1,608.45 semasa ditutup pada Jumaat lalu.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 251 berbanding 200 manakala 383 kaunter tidak berubah, 1,993 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 340.29 juta unit bernilai RM181.54 juta.








