DALAM era digital, seringkali terpapar di skrin peranti kita, pelbagai iklan di media sosial mengenai produk kesihatan dan kecantikan termasuk produk untuk kurus.
Apa yang membimbangkan adalah penjual produk itu dengan berani menggunakan istilah saintifik bagi meyakinkan pembeli.
Antara yang sering digunakan adalah seperti "produk ini sudah diuji keselamatannya di makmal penyelidikan" atau "produk ini sudah lulus ujian klinikal Fasa 1 dan Fasa 2" atau "Produk ini kini sedang melalui Ujian Klinikal Fasa 3, terbukti berkesan dan selamat!"
Bagi masyarakat awam, yang tidak memahami makna istilah ujikaji saintifik atau fasa-fasa ujian klinikal, penggunaan ayat sebegini kedengaran seperti produk sudah mendapat kelulusan rasmi dan selamat.








