KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan 'Geng Upik' yang dikaitkan dengan kartel dadah dan berjaya ditumpaskan polis tahun lalu.Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan) berkata, penularan grafik yang menggunakan gambarnya bersama individu berkenaan memberikan gambaran mengelirukan seolah-olah beliau mempunyai hubungan dengan kumpulan itu."Saya menafikan dengan tegas sebarang hubungan peribadi dengan Upik atau penglibatan dalam kegiatan jenayah gengnya."Saya tidak mengenali beliau secara peribadi dan tidak pernah bertemu dengannya sepanjang hidup saya. Saya tidak pernah memberikan perlindungan, bantuan atau sokongan kepada beliau mahupun gengnya," katanya dalam kenyataan.Mohd Azis yang juga bekas Ahli Parlimen Sepanggar turut menegaskan beliau tidak pernah dipanggil polis untuk membantu siasatan atau disoal berhubung kes berkenaan sejak ia timbul."Sejak kes ini timbul, saya tidak pernah dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan atau disoal berhubung Upik dan gengnya. Tidak pernah, walaupun sekali," katanya.Beliau berkata, penggunaan gambarnya bersama gambar suspek jenayah serta soalan bersifat provokatif bukan bukti untuk mengaitkannya dengan kegiatan berkenaan."Meletakkan gambar saya bersebelahan dengan gambar suspek jenayah serta soalan yang bersifat provokatif bukanlah bukti."Ia menimbulkan gambaran yang mengelirukan dan saya menolaknya dengan tegas. Sesiapa yang membuat tuduhan terhadap saya hendaklah mengemukakan bukti yang boleh disahkan kepada pihak polis," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai atau menyebarkan tuduhan yang belum dibuktikan sebagai fakta."Saya menyeru orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tuduhan tanpa bukti atau menyebarkannya sebagai fakta yang telah terbukti."Tuduhan palsu tidak menjadi benar hanya kerana dikongsi berulang kali," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Azis meminta bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan kenyataan yang dilaporkan dibuatnya berhubung dakwaan hubungan politik atau perlindungan yang dikaitkan dengan Upik."Sekiranya beliau mempunyai maklumat yang mengenal pasti mana-mana ahli politik yang didakwa melindungi Upik atau gengnya, saya menggesa beliau menyerahkan nama serta maklumat sokongan kepada PDRM," katanya."Dakwaan ini amat serius. Ia mesti disiasat secara menyeluruh dan tidak seharusnya dibiarkan tanpa penyelesaian sehingga individu lain menjadi sasaran spekulasi serta tuduhan," katanya.Mohd Azis berkata, beliau yakin terhadap profesionalisme polis dan menggesa siasatan dijalankan tanpa pilih kasih terhadap mana-mana individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah kumpulan berkenaan."Saya menggesa pihak polis bertindak tanpa gentar atau pilih kasih terhadap sesiapa sahaja yang disyaki berdasarkan bukti yang boleh dipercayai terlibat dalam, membiayai, memudahkan atau melindungi kegiatan jenayah ge
Azis Jamman nafi kaitan dengan 'Geng Upik', sedia ambil tindakan undang-undang

Key takeaways
Azis Jamman menafikan kaitan dengan 'Geng Upik' dan menyatakan tidak pernah mengenali mereka.
- Azis Jamman menafikan hubungan peribadi dengan Upik atau gengnya.
- Beliau menyatakan tidak pernah dipanggil polis untuk membantu siasatan kes tersebut.
- Beliau menegaskan gambar dan soalan provokatif bukan bukti kaitan dengan geng jenayah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Trump dakwa insiden pesawat flydubai ada kaitan dengan Iran
- Harian Metro Amir Masdi nafi 'masam muka' dengan SOG
- Sinar Harian Azis Jamman nafi kaitan dengan 'Geng Upik', sedia ambil tindakan undang-undang (this story)








