PETALING JAYA: Had laju maksimum 30 kilometer sejam (km/j) di kawasan sekolah perlu diwartakan segera bagi mengurangkan risiko kematian dan kece­deraan parah dalam kalangan murid, susulan keupayaannya mengurangkan tenaga kinetik kenderaan sehingga 64 peratus.

Ketua Pusat Penyelidikan Ke­selamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Law Teik Hua berkata, pengurangan tenaga kinetik itu dapat mengurangkan daya impak yang perlu diserap ketika pelanggaran, selain memberi lebih masa kepada pemandu untuk bertindak balas dan memberhentikan kenderaan.

Beliau berkata, kajian antarabangsa menunjukkan risiko kematian pejalan kaki pada kelajuan hentaman 30km/j adalah sekitar lima peratus sahaja, berbanding meningkat kepada 50 peratus pada kelajuan 59km/j.