MANCHESTER: Tottenham Hotspur masih bergelut pada permulaan musim ini, namun pengendalinya, Roberto De Zerbi, melihat petanda positif ketika pasukannya mengikat Manchester United 1-1 di Old Trafford, semalam.

Spurs kini berada di tangga ke-18 tanpa sebarang kemenangan selepas enam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, De Zerbi berpuas hati dengan semangat juang anak buahnya yang mendominasi permainan sebelum menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi Dominic Solanke, meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

"Saya sangat gembira kerana melihat semangat dan karakter yang betul," kata De Zerbi kepada Sky Sports.