KUANTAN: Keberkesanan pakej bantuan RM160 juta untuk pekerja gig dalam Belanjawan 2027 perlu dinilai berdasarkan sejauh mana inisiatif tersebut mampu meningkatkan pendapatan bersih dan mengurangkan kos operasi golongan berkenaan, bukannya sekadar diukur menerusi jumlah peruntukan.
Presiden Majlis Ekonomi Gig (MyGiG) Malaysia, Datuk Seri Shamsudin berkata, peruntukan yang dibiayai bersama oleh kerajaan dan Grab itu adalah satu usaha positif untuk membantu pemandu e-hailing serta penghantar p-hailing, namun isu kebajikan golongan tersebut perlu ditangani secara lebih menyeluruh.
Katanya, pekerja gig pada masa ini berdepan dengan pelbagai kos operasi yang tinggi seperti bahan api, penyelenggaraan kenderaan, tayar, alat ganti, insurans dan ansuran bulanan kenderaan yang terpaksa ditanggung sendiri.








