Sebuah rumah rosak akibat gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda Panama Jumaat lalu. (Gambar EPA Images)PANAMA CITY: Panama mengisytiharkan keadaan darurat pada Sabtu bagi menyelaraskan usaha bantuan dan membantu komuniti terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

Menteri Kepresidenan, Juan Carlos Orillac, pada sidang media di istana presiden berkata pengisytiharan itu akan memastikan agensi kerajaan sentiasa bersiap siaga dan mempunyai sumber diperlukan untuk membantu penduduk terjejas.

Katanya, Presiden Jose Raul Mulino mengarahkan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi menyelaras operasi bantuan, mengurus sumber serta menangani keperluan komuniti terjejas.