Kuala Lumpur: Penyanyi, Shiha Zikir memaklumkan keadaan kesihatan ibunya, Rohana Ibrahim, 68, semakin merosot sekali gus memerlukan pemerhatian yang penuh.

Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 38, berkata ibunya dibenarkan pulang, baru-baru ini selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Menurutnya, pada masa sama dia juga belum bersedia berkongsi secara terperinci mengenai penyakit ibunya.

"Keadaan kesihatan mak ketika ini memerlukan saya untuk memberikan fokus kepadanya. Saya tak nak kongsi (status penyakit) sebab tak mahu mak diganggu.