PETALING JAYA - Urusan pemandian, kafan dan solat jenazah Allahyarham Marhaini Yusof disempurnakan di Masjid Al-Mukhtadin Damansara Damai, di sini.Jenazah dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara di selepas Solat Zohor. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang juga merupakan antara penggerak kempen #QuranHour disahkan meninggal dunia pada jam 8.44 pagi, Ahad di Hospital UiTM Sungai Buloh.Menurut laporan perubatan, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan kegagalan organ dalaman.