KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Arab Saudi yang mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan ratusan yang lain.Menerusi hantaran Facebook beliau hari ini, Anwar mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mendoakan mereka yang cedera agar segera sembuh."Tiada justifikasi untuk serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam. Membahayakan nyawa insan yang tidak bersalah hanya akan memburukkan lagi penderitaan akibat konflik ini dan membawa kesannya ke tempat-tempat yang sepatutnya tidak terjejas," kata beliau.Anwar berkata, Malaysia berdiri teguh dengan Arab Saudi dan rakyatnya ketika konflik berterusan dan berharap usaha diplomatik dapat menghalang keadaan daripada terus meruncing."Malaysia teguh dalam solidariti dengan kerajaan Arab Saudi dan rakyatnya pada saat-saat yang genting ini. Kami kekal berpegang teguh dengan harapan agar diplomasi dan kewarasan akan mengatasi keadaan sebelum konflik ini merebak dengan lebih meluas," kata beliau.Dalam kenyataan pada Ahad, pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi memaklumkan 12 orang terbunuh, manakala 309 lagi cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada Sabtu.Mereka yang terkorban terdiri daripada empat warga Arab Saudi, dua rakyat Bangladesh dan seorang masing-masing dari Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan. - Bernama
Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Riyadh, nyatakan solidariti dengan Arab Saudi

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dan menyatakan solidariti dengan Arab Saudi.
- Anwar mengecam serangan yang menyebabkan 12 kematian dan 309 cedera.
- Beliau menyatakan Malaysia berdiri teguh dengan Arab Saudi semasa konflik berterusan.
- Anwar menyeru usaha diplomatik untuk mengatasi konflik dan mengelakkan keterukkan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Berita Harian , Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Malaysia kecam serangan ke atas Lapangan Terbang Riyadh
- Sinar Harian Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Riyadh, nyatakan solidariti dengan Arab Saudi (this story)








