Bacaan indeks pencemaran udara di Pasir Gudang tertinggi, iaitu 179, setakat 10 pagi ini. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sebanyak 14 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan lapan daripadanya terletak di Johor.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Pasir Gudang tertinggi, iaitu 179, manakala kawasan lain di Johor yang turut merekodkan kualiti udara tidak sihat ialah Larkin (178), Kota Tinggi (165), Tangkak (163), Segamat (161), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (145).

Di Pahang, dua kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Balok Baru Kuantan (159) dan Rompin (152).

Kawasan lain dengan IPU tidak sihat ialah Kuala Terengganu (157), Kemaman (156) dan Paka (144) di Terengganu serta Cheras di Kuala Lumpur (156).