IPOH: Kerajaan memperuntukkan RM260 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tahun depan bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana, termasuk menyediakan kelengkapan penting untuk operasi menyelamat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peruntukan itu akan membantu mengatasi kekurangan peralatan dalam kalangan agensi yang terbabit dalam operasi bencana, termasuk bot, pam air dan mesin penapisan air.

Beliau berkata, peralatan berkenaan penting bukan sahaja untuk operasi menyelamat, malah bagi memastikan bekalan air bersih dapat disediakan apabila bencana menjejaskan bekalan air.

"Kita tahu agensi yang membantu kita, termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, tidak mempunyai peralatan yang mencukupi.