KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur dan Putrajaya antara 22 kawasan di seluruh negara yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 8 pagi ini.

Berdasarkan data berkenaan, Kota Tinggi, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 170, diikuti Pasir Gudang (168), Seremban (164) dan Pengerang, Johor (164).

Nilai, Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan 163, diikuti Balok Baru, Kuantan (162) dan Larkin, Johor (160).

Putrajaya merekodkan IPU 146, manakala Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan 123. Johan Setia, Selangor turut merekodkan bacaan 129.