LIVERPOOL: Gianluigi Donnaruma terpaksa diiring masuk ke dalam terowong Anfield oleh kakitangan kelab selepas bertindak balas secara berang terhadap sorakan penyokong yang memanggilnya dengan gelaran 'penipu.'

Pemain antarabangsa Itali itu beraksi di benteng terakhir ketika Manchester City menewaskan Liverpool 0-3, semalam.

Bintang-bintang City menerima sambutan penuh permusuhan daripada penyokong tegar Anfield dalam penampilan pertama kelab itu sejak didapati bersalah atas lebih 100 daripada 130 pertuduhan yang dihadapkan oleh Liga Perdana Inggeris. (EPL).

Pemain disorak boikot sejak dari saat mereka keluar untuk memanaskan badan sebelum perlawanan bermula.