Kota Bharu: Guru wanita yang melanggar dua pelajar tingkatan satu termasuk seorang maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, April lalu tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu untuk proses pendakwaan.

Guru berkenaan tiba pada 8.35 pagi diiringi pegawai dan anggota polis. Turut hadir, suami kepada guru berkenaan yang kelihatan tenang.

Guru yang berusia 57 tahun itu dijangka berdepan dua pertuduhan iaitu Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana cuai yang menyebabkan kematian dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh kenderaan yang dipandu guru wanita di hadapan surau SMK Tanjung Mas pada 12 April lalu.