KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, hadir ke mahkamah pada 9 September 2026 dengan memakai baju lokap ungu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bergari atas kehendak sendiri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, perkara itu berdasarkan maklum balas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, isu penggantungan pemakaian baju lokap bagi tahanan reman tidak timbul kerana pakaian berkenaan hanya digunakan ketika tahanan berada di dalam lokap dan bukan ketika dibawa ke mahkamah.

“Berhubung dengan penggantungan pemakaian baju lokap bagi tahanan reman, Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) Bahagian A118 berkaitan Orang-Orang Tahanan dan Lokap Pol