KUALA LUMPUR: Anak Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil meluahkan rasa sebak apabila bakal mewakili arwah bapanya menjelang malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 pada 24 Oktober depan.
Afiqah, 33, berkata dia antara individu yang sentiasa menyokong arwah bapanya dan turut gembira setiap kali arwah bapanya itu meraih kemenangan.
"Menjadi anak perempuan yang sentiasa menyokong ayah, bersorak gembira dan meraikan setiap kali ayah menang, serta menangis dalam doa setiap kali ayah tidak menang.
"Kini, saya menjadi individu yang mewakilinya pada pencalonan terakhir di Anugerah Seri Angkasa," tulisnya di Instagram.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fafsdasdadasd_800299.png&w=480&output=webp&q=85&we)