Timbalan Menteri di JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran, berkata SPRM mengeluarkan 1,336 arahan pembekuan aset pada 2025 dengan 481 daripadanya ditarik balik tanpa sebarang pertuduhan. KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan jawatankuasa khas dalaman bagi menguatkuasakan proses penapisan dan kelulusan lebih ketat untuk arahan pembekuan aset, sidang Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran, berkata jawatankuasa itu diperkenalkan seiring penambahbaikan sistem yang sedang dijalankan bagi memusatkan perekodan data bagi arahan pembekuan yang dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).