RIYADH: Gabungan tentera diketuai Arab Saudi memaklumkan pihaknya memusnahkan empat peluru berpandu dan tiga dron pada Selasa di ibu negara Riyadh serta wilayah selatan negara itu, ketika kumpulan Houthi di Yaman meneruskan serangan.
"Tiga peluru berpandu dimusnahkan di kawasan Riyadh dan wilayah selatan," kata jurucakap gabungan, Turki al-Maliki, menerusi X sebelum memaklumkan kemudian bahawa dua dron dipintas dan dimusnahkan di kawasan sama.
Empat orang cedera di Riyadh akibat serpihan dua peluru berpandu Houthi yang dipintas, menurut agensi pertahanan awam Arab Saudi pada Rabu.
"Empat orang, iaitu dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak," cedera manakala 15 rumah mengalami kerosakan, menurut agensi itu menerusi X.






