PADA 9 Oktober 2026, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat dengan antara agenda pentingnya memperkukuh ketelusan perolehan kerajaan dan tadbir urus badan berkanun.

Pengumuman mengenai pelaksanaan Akta Perolehan Kerajaan mulai 2027 serta cadangan undang-undang berkaitan tadbir urus kewangan badan berkanun merupakan langkah yang wajar.

Namun, kerajaan perlu memahami satu hakikat: Masalah tadbir urus tidak akan selesai hanya dengan menggubal undang-undang baharu jika penguatkuasaan masih lemah dan pihak yang berkuasa tidak dipertanggungjawabkan secara tegas.

Bagi memastikan pembaharuan Belanjawan 2027 tidak berakhir sebagai retorik, INTRAS mencadangkan tujuh langkah: 1. Wajibkan program pengukuhan integriti dan antirasuah kepada kepemimpinan tertinggi Semua ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta anak syarikat yang menguruskan kepentingan awam perlu mengikuti latihan integriti dan antirasuah ketika dilantik, diikuti latihan penyegaran secara berkala.