Idzham Mohd Hashim berkata IIB komited mengukuhkan rantaian tematan dan mencipta nilai berkekalan berdasarkan Belanjawan 2027. (Gambar fail)PETALING JAYA: Iskandar Investment Berhad (IIB) mahu mempercepat pelaksanaan pelaburan di Johor supaya komitmen pelabur dapat diterjemahkan kepada operasi perniagaan sebenar yang mewujudkan pekerjaan dan mengukuhkan ekonomi tempatan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Idzham Mohd Hashim berkata langkah diumumkan dalam Belanjawan 2027, termasuk insentif cukai, pembangunan bakat dan penambahbaikan pengangkutan, mampu meningkatkan daya tarikan Johor sebagai destinasi pelaburan bernilai tinggi.
“Belanjawan 2027 menjadikan Johor lebih menarik sebagai destinasi pelaburan. Insentifnya jelas, agenda kesalinghubungan terus bergerak dan penekanan terhadap bakat adalah tepat.







