Kuala Lumpur: Perkhidmatan dalam talian Lembaga Tabung Haji (TH) yang menghubungkan akaun deposit dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kini sudah beroperasi semula sepenuhnya.
TH berkata, perkhidmatan atas talian itu sudah disambung semula pagi ini.
"Bagaimanapun penyambungan semula dengan bank rakan strategik lain masih menunggu pengesahan pihak bank.
"Sementara itu, pendeposit boleh mendapatkan perkhidmatan TH di pejabat cawangan TH berhampiran," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.









