TRIPOLI: Hujan lebat menenggelamkan jalan raya di ibu negara Libya, Tripoli, semalam dan meragut nyawa seorang pekerja bank akibat renjatan elektrik.
Kerajaan mengarahkan perkhidmatan awam melancarkan operasi segera bagi mengepam keluar banjir, manakala pasukan keselamatan mengumumkan penutupan laluan lingkaran ibu negara itu.
Jumhouria Bank mengesahkan kematian pekerjanya itu apabila banjir menenggelamkan kotak utiliti semasa mangsa memasuki ibu pejabat bank di Tripoli.
Bagi mengurangkan risiko bahaya, Syarikat Elektrik Am turut memutuskan bekalan kuasa di beberapa daerah di Tripoli.









