KUALA LUMPUR: Pengenalan kadar gaji RM2,500 sebulan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan berpotensi memberi manfaat kepada lebih 50 peratus pekerja separa mahir atau kira-kira 2.9 juta orang.
RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) berkata, anggaran itu berdasarkan data 2025 yang menunjukkan gaji median pekerja separa mahir ialah RM2,223, iaitu RM277 lebih rendah daripada kadar baharu berkenaan.
"Berdasarkan data 2025, kadar baharu ini boleh memberi manfaat kepada lebih 50 peratus pekerja separa mahir, atau sekitar 2.9 juta pekerja, yang gaji mediannya berada di bawah paras RM2,500," katanya.
Bagaimanapun, angka 2.9 juta itu tidak bermakna semua pekerja berkenaan akan menerima kenaikan gaji secara automatik.








