Kuala Lumpur: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli enggan mengulas isu New Age Movement (NAM) yang dibangkitkan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau sebaliknya mengingatkan semua pihak supaya menyemak kesahihan sesuatu perkara sebelum membuat penghakiman.
Sebelum menjawab soalan yang dikemukakan itu, Marhamah turut dinasihatkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang beliau mempunyai pilihan untuk tidak menjawab soalan berkenaan.
"Saya nak nasihatkan Timbalan Menteri, ada pilihan. Jawab bertulis atau tak jawab pada soalan kedua kerana ia jauh menyimpang daripada soalan pertama. Namun, terpulang kepada Timbalan Menteri," katanya ketika sesi pertanyaan lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.









