KUALA LUMPUR: Portal berita Jepun, Sakanowa mendakwa ketua jurulatih skuad bola sepak Jepun, Hajime Moriyasu muncul sebagai calon untuk dilantik sebagai pengurus baharu Harimau Malaya.
Memetik laporan media Vietnam, Tien Phong, nama Moriyasu disebut ketika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempertimbangkan untuk mengambil pengurus asing pada masa akan datang.
Bagaimanapun, Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan menafikan sebarang rundingan atau hubungan dengan pengurus Moriyasu dalam satu temu bual bersama media tempatan.
"Belum ada langkah konkrit di pihak FAM lagi. Kami akan membincangkan isu ini secara mendalam," kata Ghani.








